Labels:

Tidak Dapat Dipertimbangkan...

Meskipun pendaftaran dan kelulusan pembinaan Surau Al-Mahabbah telah disah dan diluluskan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri melalui Surat Bil: JMKNNS. BF.010-4/Jld. 3 (72) bertarikh 15 Januari 2009, namun Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri pula mempunyai pandangan yang berlainan.


Surat ICU JPM bertarikh 2 Jun 2009 melalui Rujukan: (4) dlm. UPP:BK(S) 177691/3/NO9Poo2) telah menolak permohonan Ahli Jawatankuasa untuk mendapatkan bantuan kewangan mendirikan Surau Al-Mahabbah kerana jemaah di Desa Indah masih boleh menggunakan surau terdekat untuk mengerjakan ibadah iaitu Surau Rumah Rakyat Nilai yang jaraknya hanya 1.5 kilometer.

Walau bagaimanapun AJK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ICU JPM kerana begitu prihatin kepada masalah peribadatan penduduk Desa Indah. AJK bercadang mengemukan permohonan baru untuk dipertimbangkan semula sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

 
Surau Al-Mahabbah © 2012 | Designed by BumiCyber Studio