Labels:

Sekitar Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H yang diadakan buat julung kali di Surau Al-Mahabbah Desa Indah, Putra Nilai pada 14 November 2012 ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Kehadiran Muslimin-Muslimat qariah surau ini melimpahi dewan solat utama dan ada  jemaah terpaksa bersolat di ruang tambahan sementara.

Majlis bermula seawal jam 6.00 petang dengan acara tazkirah berkaitan Maal Hijrah yang disampaikan oleh Pengerusi Surau, Ustaz Syed Ahmad Tarmizi bin Syed Omar. Beliau seterusnya memimpin doa akhir tahun dan solat Maghrib berjemaah serta diikuti bacaan doa awal tahun baru Hijrah.

Seperti yang dirancang, Yang Berbahagia Dato' Dr. Hashim bin Muhammad pula mengambil giliran untuk menyampaikan ceramah motivasi yang sangat menarik dan sarat dengan nasihat yang bermanfaat.

Majlis diakhiri dengan solat Isya' berjemaah dan diikuti dengan jamuan ringan hasil sumbangan para jemaah dan pihak surau.

Yang jelas, kehadiran para jemaah qariah surau ini pada majlis tersebut memberi petanda supaya kerja-kerja pembesaran surau sewajarnya perlu dilakukan, terutama apabila umat Islam menyambut bulan Ramadhan yang akan datang. Semoga ahli jawatankuasa surau dan ahli qariah dapat bersama-sama memikir dan berbuat sesuatu!

No comments:

Post a Comment

 
Surau Al-Mahabbah © 2012 | Designed by BumiCyber Studio